11 Ogos 2020:-
Staff Pejabat Daerah & Tanah Kuala Pilah giat memasang Bendera Malaysia untuk menjayakan Kempen Kibar Jalur Gemilang di sepanjang Bulan Ogos ini sempena Hari Kebangsaan.
10 Ogos 2020:-
"Alhamdulillah..selesai sudah Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengerusi dan Setiausaha Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) Daerah Kuala Pilah Sesi 2020-2021 yang diadakan di Dewan Dato Bahaman, Kuala Pilah. Pegawai Daerah Kuala Pilah, Tuan Mohd Faizal bin Abdul Manap menyampaikan ucap tama terhadap 125 MPKK (jumlah MPKK paling tinggi di daerah NS) di daerah Kuala Pilah berkaitan tanggungjawab dan peranan MPKK sebagai pemimpin akar umbi dalam menyelesaikan masalah penduduk kampung dalam apa jua urusan serta bertindak sebagai pelaksana dan penghubung antara rakyat dan kerajaan negeri. Diharapkan Pengerusi dan Setiausaha MPKK yang dilantik dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti, jujur dan bertanggungjawab serta setia dan berbakti, bekerja sebagai satu pasukan bersama kepimpinan negeri yang diterajui oleh YAB Dato Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.Terima kasih YAB Dato Seri Menteri Besar kita atas perlantikan ini. Majlis turut diseri kan dengan kehadiran YB Tuan Nazaruddin bin Sabtu, Exco Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu Negeri merangkap ADUN Pilah, Penyelaras-Penyelaras DUN dan wakil jabatan daerah. Di samping itu, terdapat juga Sesi Perkenalan Diri oleh 12 Ahli Majlis Daerah Kuala Pilah yang turut hadir sama memperkenalkan diri kepada semua MPKK Daerah. Terima kasih dan syabas kepada urusetia Unit Pembangunan Pejabat Daerah Kuala Pilah di atas penganjuran program ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Penyelesaian isu di Mpkk Juasseh Pekan yang melibatkan banjir Dan aliran Air luaran. Projek dalam proses bagi menyelesaikan masalah penduduk Juasseh Pekan. Terima kasih pada Tuan Pegawai Daerah Kuala dan Bahagian Pembangunan Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Pilah dan pihak yang terlibat dalam projek tersebut.

5 Ogos 2020:- "Program turun padang secara mengejut (spot check) oleh Pegawai Daerah Kuala Pilah, Tuan Mohd Faizal bin Abdul Manap meninjau lokasi dan status projek pembangunan dan projek MAARIS yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Antara tempat yang dibuat pemeriksaan adalah Projek Selenggara Jalan di MPKK Juasseh Pekan, MPKK Pelangai, MPKK Jemapoh dan MPKK Rembang Panas. Turut hadir sama adalah CADO En Syafiq Amin, Puan Aina (Juruteknik Kanan) dan Pengerusi MPKK Rembang Panas. Alhamdulillah, semua projek yg dilawati berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan. Pada masa yang sama juga, terdapat bendera Malaysia yang telah usang yang telah dicabut oleh CADO sepanjang jalan yg dilalui. Adalah dinasihatkan semua MPKK terlibat memantau bendera yg lapuk dan usang yg masih dipasang di kawasan kampung bagi menjaga imej bendera dan kedaulatan negara kita. Selesai lawatan, sesi minum, roti telo dan menikmati cendol sawit special di Restoran Aya Cendol Sawit Juasseh salah satu tarikan "Food Trail" di Kuala Pilah..raso eh memang terbaik..insyaallah..lawatan secara mengejut akan dilaksanakan dari masa ke semasa bagi memastikan projek projek yang telah dirancang dapat dilaksanakan demi kemudahan dan keselesaan rakyat..insyaallah..semoga diberkati Allah.."

13 Julai 2020:-
Pegawai dari Pejabat Tanah Kuala Pilah memberikan perkhidmatan turun ke rumah untuk membuat penyaksian borang 14A bagi pelanggan yg uzur di Kampung Ulu Beting, Kuala Pilah. Cara ini dapat memudahkan urusan pelanggan yang tidak mampu untuk datang ke pejabat.