18 Jun 2020:-

"Pegawai Daerah Kuala Pilah, Tuan Mohd Faizal bin Abdul Manap turun padang ke lokasi bencana kebakaran yang berlaku di 7 unit kedai di Pekan Kuala Pilah. Turut sama hadir adalah YB Tuan Haji Nazaruddin, Adun Pilah merangkap Exco Adat dan Kebudayaan, YB Teo Kok Seong Adun Bahau merangkap Exco Kerajaan Tempatan, Pengarah Bomba Negeri, Tuan Hamdan, Ketua Polis Daerah, Supt Amran. YB Exco dan Pegawai Daerah diberikan taklimat punca kebakaran oleh Pengarah Bomba Negeri dan terdapat juga pemilik kedai yang hadir berjumpa dengan YB Exco. Insyaallah, bantuan akan diberikan kepada mangsa mangsa yang terlibat. Semoga menjadi iktibar kepada pemilik kedai yg lain dalam mengamalkan langkah-langkah penjagaan keselamatan premis kedai masing masing dengan mengikut nasihat Pihak Bomba."