W3C      
Awam
Berita
e-Penyertaan
PDTKP
Perkhidmatan Atas Talian
Sebutharga
Terkini

Berita

 

 

 

Majlis Berbuka Puasa Bersama DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

-Lihat Galeri-

 

 

 

 

 

   
   

 

 

 

e-Penyertaan

Terkini

 Tarikh Program/Majlis
   

 

 

SEREMBAN - Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Dewan Orang Ramai Sikamat di sini, semalam.

Turut hadir ke majlis yang bermula jam 2 petang itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang disambut oleh Menteri Besar, Aminuddin Harun.


Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, turut berkenan hadir ke majlis itu bersama Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta dua anakanda, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Datuk Seri Zain Al-'Abidin.

Hadir sama Undang Luak Rembau, Datuk Muhammad Sharip Othman dan Undang Luak Johol, Datuk Mohammed Abdullah.

Selain itu turut hadir Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Pelbagai hidangan disediakan kepada tetamu antaranya lemang, ketupat, lemang, sate, kambing golek dan kuih-muih.

Sementara itu, Aminuddin ketika ditemui berkata, pihaknya terkejut dengan kehadiran tetamu yang diluar jangkaan.

Tapak bazar diturap jika perlu
SYAIRAH ABDUL LAJIS 4 JUN 2018

 

KUALA PILAH - “Saya akan berbincang dengan kerajaan negeri masalah tapak bazar Ramadan di Dataran Melang. Sekiranya perlu diturap, kita akan turap,” kata Adun Pilah, Nazaruddin Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rungutan peniaga dan pengunjung bazar Ramadan tersebut apabila tapak berkenaan becak, berlopak hingga mengundang ketidakselesaan terutama ketika hujan.
Katanya, beliau sedia maklum masalah itu dan telah berbincang dengan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP).

Perpindahan dua tapak bazar Ramadan iaitu tapak di Pilah Perdana dan di jalan Melang dipersetujui pimpinan terdahulu sebelum PRU14.

“Saya difahamkan, pelaksanaan dan pengalihan dua tapak bazar Ramadan itu demi keselesaan pengunjung dan peniaga berhimpun di satu kawasan lebih luas dengan parkir lebih selesa. Ideanya bagus, tetapi dari segi penyediaan tapaknya belum sempurna,” katanya.
Nazaruddin berkata, bagi mengatasi masalah dalam jangka masa pendek, MDKP hampar dan padatkan menggunakan abu batu bagi kawasan bertakung air.

“Langkah alternatif ini bagi mengurangkan becak, licin dan air bertakung, MDKP guna quarry dust selain meratakan kawasan itu.

“Sekiranya masalah tetap berlaku, MDKP cadang letak papan lapis di laluan becak dan berlopak,” katanya.

Nazaruddin yang juga Exco Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu berkata, Dataran Melang berpotensi untuk dibangunkan terutama dalam penganjuran majlis melibatkan jumlah pengunjung lebih ramai.

“Namun sebelum itu, kemudahan di dataran ituperlu dinaik taraf dan Insya-ALLAH, saya akan suarakan masalah ini kepada kerajaan negeri untuk dapatkan peruntukan menurap kawasan tersebut.

“Saya harap peniaga dan pengunjung bersabar dan kita juga tidak jangka musim hujan melanda pada Ramadan tahun ini,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di tapak bazar Ramadan mendapati lokasi parkir berlopak dan dipenuhi air lumpur selepas hujan beberapa hari lalu.

Justeru, pengunjung perlu bijak mencari lokasi sesuai untuk pergi ke bazar tersebut.