W3C      
Awam
Berita
e-Penyertaan
PDTKP
Perkhidmatan Atas Talian
Sebutharga
Terkini

Berita

 

 

 

Majlis Berbuka Puasa Bersama DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

-Lihat Galeri-

 

 

 

 

 

   
   

 

 

 

e-Penyertaan

Terkini

 Tarikh Program/Majlis
   

 

TANAH

UNIT PEMBANGUNAN TANAH

A. PERMOHONAN MEWAKAFKAN TANAH

Bagaimanakah hendak mewakafkan tanah ?

Jawapannya :

Tuan tanah hendaklah memenuhkan borang seperti berikut :

(i) Borang 12A (Menyerahkan Semua Bahagian Tanah)

(ii) Borang 12B (Menyerahkan Sebahagian Tanah)

Dokumen yang diperlukan ialah:

1. Salinan hakmilik (geran) tanah

2. Salinan resit cukai tanah tahun semasa

3. Surat Persetujuan Orang Yang Berkepentingan di atas tanah

B. PERMOHONAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (TOL)

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan ?

Jawapannya :

1. Pastikan tanah yang hendak dipohon

2. Mengisi borang yang dikhaskan

3. Lampirkan Pelan Lokasi Tanah

Bayaran permohonan yang dikenakan :

* Bayaran Proses : RM 20.00
* Bayaran Pelan : RM 8.00

C. PERMOHONAN TUKAR SYARAT TANAH

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan Tukar Syarat Tanah dan apakah dokumen-dokumen yang diperlukan ?

Jawapannya :

1. Memenuhkan borang yang dikhaskan (Jadual 9)

2. Sijil carian rasmi

3. Pelan Lokasi Tanah

4. Salinan resit cukai tanah tahun semasa

5. Surat kebenaran daripada orang-orang / badan yang ada kepentingan di atas tanah

Bayaran yang dikenakan :

Kategori Kegunaan Tanah :

1. Pertanian - RM 20.00 
2. Bangunan - RM 50.00
3. Industri - RM 200.00
4. Bayaran Pelan Tanah - RM 8.00
5. Sijil Carian Rasmi - RM 40.00 

D. PERMOHONAN TANAH KERAJAAN

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan Tanah Kerajaan dan apakah dokumen-dokumen yang diperlukan ?

Jawapannya :

1. Mengenal pasti tanah yang hendak dipohon

2. Mengisi Borang Jadual 1

3. Pelan Lokasi Tanah

4. Salinan Kad Pengenalan pemohon suami / isteri

5. Salinan Surat Beranak anak/anak-anak pemohon

6. Salinan Kad Pengenalan ibu bapa pemohon. Jika telah meninggal dunia sertakan salinan Surat Kematian

7. Sijil Kerakyatan (jika berkaitan )

8. Bagi Kakitangan Kerajaan / Badan Berkanun sertakan surat kebenaran memiliki harta dari Ketua Jabatan

Bayaran yang dikenakan :

1. RM 8.00 - Pelan Lokasi Tanah

2. RM 20.00 - Pendaftaran Permohonan (5 Hektar kebawah rujuk Lampiran)

KADAR BAYARAN BAGI PERMOHONAN TANAH KERAJAAN 

(MENGIKUT KAEDAH TANAH NEGERI) NSPU 5 BERTARIKH 27 MEI 1993

TANAH PEKAN / KAMPUNG( Town and Village Land )

1. 1 HEKTAR DAN KEBAWAH - RM 100.00
2. 2 HEKTAR KE 3 HEKTAR - RM 300.00
3. 4 HEKTAR KE 6 HEKTAR - RM 750.00
4. 7 HEKTAR KE 10 HEKTAR - RM 1000.00
5. 10 HEKTAR KE ATAS

a) UNTUK BAYARAN PERTAMA

10 HEKTAR - RM 1,000.00

b) UNTUK SETIAP 5 HEKTAR ATAU SEBAHAGIAN DARIPADANYA - RM 200.00

TANAH DESA ( Country Land)

1. 5 HEKTAR DAN KEBAWAH - RM 20.00
2. 6 HEKTAR KE 20 HEKTAR - RM 40.00
3. 21 HEKTAR KE 40 HEKTAR - RM 60.00
4. 41 HEKTAR KE 60 HEKTAR - RM 100.00
5. 61 HEKTAR KE 80 HEKTAR - RM 250.00
6. 81 HEKTAR KE 100 HEKTAR - RM 450.00
7. 101 HEKTAR KE 105 HEKTAR - RM 450.00
8. 151 HEKTAR KE 200 HEKTAR - RM 1,000.00
9. 200 HEKTAR KE ATAS

a) BAYARAN PERTAMA 200 HEKTAR - RM 1,000.00

b) SETIAP 100 HEKTAR SBHG.DRPD. - RM 200.00

F. PERMOHONAN PECAH SEMPADAN

Berapakah keluasan tanah yang boleh dibuat Pecah Sempadan ?

Jawapannya :

2 ekar lebih

G. PERMOHONAN PECAH BAHAGIAN TANAH

Berapakah keluasan tanah yang boleh dibuat Pecah Bahagian Tanah ?

Jawapannya :

Mengikut Kategori :

Pertanian : Sekurang- kurangnya 2 Hektar

Pembangunan : Tiada Had

Bagaimanakah cara mengemukakan permohonan ?

Jawapannya :

Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Jurukur Berlesen

H. PERMOHONAN PECAH SEMPADAN DAN TUKAR SYARAT SERENTAK

Berapakah keluasan tanah yang boleh dibuat Pecah Sempadan dan Tukar Syarat Serentak ?

Jawapannya :

Mengikut Kategori :

Pertanian : Sekurang- kurangnya 2 Hektar

Pembangunan : Tiada Had

Bagaimanakah cara mengemukakan permohonan ?

Jawapannya :

Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Jurukur Berlesen

I. PERMOHONAN PENYATUAN TANAH

Bagaimanakah tanah yang boleh dibuat penyatuan ?

Jawapannya :

Tanah yang mempunyai dua atau lebih lot-lot berdampingan di dalam

Mukim / Bandar / Pekan yang sama disatukan menjadi satu hakmilik (Geran)

Bagaimanakah cara mengemukakan permohonan ?

Jawapannya :

Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Jurukur Berlesen

J.  PERMOHONAN PENYERAHAN BALIK DAN PEMBERIMILIKAN SEMULA

Bagaimanakah tanah yang boleh dibuat Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula ?

Jawapannya :

Tanah yang mempunyai dua lot atau lebih yang dipegang di bawah Hakmilik Pejabat Tanah diserahkan dan dikembalikan semula kepada pemiliknya dalam bentuk atau unit yang berbeza dan setiap satunya kurang dari 4 hektar serta dipegang di bawah Hakmilik Sementara

Bagaimanakah cara mengemukakan permohonan ?

Jawapannya :

Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Jurukur Berlesen

K. PEMILIKAN HARTANAH OLEH WARGANEGARA ASING

Bagaimanakah cara Warganegara Asing untuk memiliki Hartanah?

Jawapannya :

1. Mengisi borang permohonan yang dikhaskan

2. Pelan Lokasi Tanah

3. Resit cukai tanah tahun semasa

4. Surat kebenaran Jawatankuasa Asing (FIC)

5. Salinan Kad Pengenalan pemohon / penerima pindahmilik

6. Salinan surat perjanjian jual beli

7. Bagi permohonan dari Syarikat Perniagaan, Koperasi / Pertubuhan Berdaftar :

 7.1 Memorandum And Articles of Association

 7.1 Borang 24

 7.3 Borang 49

Bayaran yang dikenakan :

1. Bayaran proses permohonan RM 200.00 bagi setiap lot / unit

L. PERMOHONAN PERMIT BAHAN BATUAN DAN TANAH MERAH

Bagaimanakah cara untuk memohon permit mengeluarkan bahan batuan dan tanah merah dan apakah dokumen-dokumen yang diperlukan ?

Jawapannya :

 1. Memastikan lokasi tanah yang hendak dipohon

 2. Mengisi borang permohonan yang dikhaskan

 3. Sijil Perakuan Rasmi (bagi tanah milik)

 4. Surat kebenaran dari pemilik tanah

 5. Permohonan dari Syarikat Perniagaan / Koperasi / Pertubuhan sertakan :

 5.1.Perlembagaan Pertubuhan
 5.2.Sijil Pendaftaran
 5.3.MAA Borang 24
 5.4.Borang 49 

Bayaran yang dikenakan :

i) Bayaran proses - RM 20.00

ii) Bataran Pelan  - RM8.00

Bayaran Royalti seperti berikut:

Pasir dan batu

 - RM 2.20 bagi semeter padu
 - RM 1.20 Tanah Merah
 - Deposit : 20 % dari jumlah bayaran royalty

Tanah Merah dan Rumput

a) RM 2.00 bagi semeter padu
b) Deposit : 20 % dari jumlah bayaran royalti
c) Doket 1 buku - RM 10.00

teknikalhttp://www.ns.gov.my/daerah/pilah/plugins/editors/jce/tiny_mce/plugins/article/img/pagebreak.gif); font-family: Arial, Helvetica, sans-serif; font-size: 13.333333969116211px; line-height: 16.666667938232422px; text-align: left; word-spacing: 0px; ">

UNIT TEKNIKAL & PENGUATKUASAAN

1. Apakah perlu saya buat, jika batu sempadan tanah saya hilang ?

Jawapan :

2. Dapatkan khidmat jurukur berlesen untuk tanam batu sempadan semula

2. Buat aduan di Pejabat tanah berkenaan dan bayaran ukur dan batu sempadan akan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan di tanggung oleh pihak ttuan milik sendiri

2. Jika tanah saya dicerobohi, apakah tindakan yang harus saya buat ?

Jawapan :

1. Tuan / Puan dinasihatkan supaya membuat aduan di Pejabat tanah berkaitan. Siasatan akan dibuat dan pihak yang terlibat akan dipanggil untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah yang timbul

2. Apakah yang dimaksudkan bahan batu ?

3. Bahan batu adalah tanah merah, pasir, batu granite (kauri) dan rumput

3. Jika saya dapati ada aktiviti pengeluaran bahan batu berlaku, apa perlu saya buat ?

Jawapan :

Hubungi Pejabat Tanah berkenaan bagi memastikan pengeluaran bahan batu tersebut mempunyai permit dan mematuhi syarat di bawah KTN Seksyen 426.

4. Apakah perlu saya buat, jika saya ingin mengeluarkan bahan batu bagi apa jua tujuan?

Jawapan :

1. Buat permohonan permit di Pejabat tanah

2. Jelaskan bayaran royalty yang dikenakan

3. Patuhi syarat-syarat kelulusan permit.

5. Bagaimana saya ingin tahu lokasi tanah saya ?

Jawapan :

1. Datang ke Pejabat tanah dan semak lot di atas pelan kadestra (syit piawai)

2. Bawa bersama dokumen-dokumen lain yang berkaitan (resit cukai)

6.Bagaimana saya ingin tahu bahagian (share) tanah saya ?

Jawapan :

1. Bahagikan keseluruhan keluasan tanah dengan angka pecahan (share) dalam hak milik.

2. Rujuk ke Unit Teknikal dan Penguatkuasaan Pejabat Tanah jika ingin penjelasan lanjut

7. Apa yang perlu saya lakukan jika tanah jiran saya semak dan mengganggu ketenteraman saya ?

Jawapan :

1. Buat surat aduan ke Pejabat Tanah dengan memberikan maklumat tanah tersebut iaitu No lot, No hakmilik, Mukim dan keluasan

2. Pejabat tanah akan menjalankan siasatan dan sekiranya benar surat amaran akan dikeluarkan kepada tuan tanah tersebut

8. Bagaimana saya ingin membeli pelan lokasi ?

1. Nyatakan No lot dan Mukim tanah tersebut

2. Datang ke Pejabat Tanah dan merujuk kepada pelukis pelan

daftarhttp://www.ns.gov.my/daerah/pilah/plugins/editors/jce/tiny_mce/plugins/article/img/pagebreak.gif); font-family: Arial, Helvetica, sans-serif; font-size: 13.333333969116211px; line-height: 16.666667938232422px; text-align: left; word-spacing: 0px; ">

UNIT PENDAFTARAN 

PINDAHMILIK 

1. Borang apakah yang digunakan untuk urusan pindahmilik tanah ?

Borang 14A Pindahmilik Tanah.

2. Adakah apa-apa Cukai Setem yang dikenakan untuk urusan pindahmilik tanah ?

Cukai taksiran nilai tanah.

2.1 Urusan Taksiran

Pindah milik tanah mengikut nilai yang ditaksirkan oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri).

2.2 Selepas Urusan Taksiran

1. Setem Hasil mengikut kadar 1 % daripada kadar nilaian tanah.

2. Pendaftaran urus niaga (pindah milik, Gadaian dan melepas gadaian).

3. Adakah apa-apa bayaran yang dikenakan untuk urusan pindahmilik tanah ?

Bayaran Pendaftaran mengikut nilai tanah

4. Selain daripada mengisi Borang Pindahmilik Tanah 14A adakah apa-apa dokumen yang perlu disertakan ?

 4.1 Borang PDS.15 (Pindaan 1998) 6 salinan

 4.2 Borang 14A asal yang telah disemournakan 2 salinan

 4.3 Borang PDS 15 yang telah dilengkapakan 6 salinan

 4.4 Salinan Geran 2 salinan (Ukuran A4)

 4.5 Salinan kad pengenalan (I/C) penjual&pembeli 2 salinan (ukuran A4).

5. Dokumen apakah yang perlu dibawa semasa urusan pendaftaran Pindahmilik Tanah 14A ?

1. Borang pindahmilik Tanah 14A yang telah dibayar Cukai Setem.

2. Hakmilik asal yang berkenaan.

3. Resit Cukai Tanah tahun semasa.

HAKMILIK ROSAK / HANCUR / HILANG

1. Apakah tindakan yang perlu diambil jika hakmilik rosak / hancur atau hilang ?

1.1 Ambil borang permohonan di Pejabat Tanah berkaitan

1.2 Isi borang permohonan beserta dengan Surat Akuan Berkanun dan laporan polis geran harta

1.3. Bayaran permohonan RM 160.00 / lot.

2. Berapa lamakah hakmilik baru akan dikeluarkan selepas menghantar borang permohonan hakmilik rosak / hancur atau hilang ?

1. Dalam tempoh 4 bulan.