W3C      
Awam
Berita
e-Penyertaan
PDTKP
Perkhidmatan Atas Talian
Sebutharga
Terkini

Berita

 

 

 

Majlis Berbuka Puasa Bersama DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

-Lihat Galeri-

 

 

 

 

 

   
   

 

 

 

e-Penyertaan

Terkini

 Tarikh Program/Majlis
   

 

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Bersama Pentadbiran Daerah Kuala Pilah 2019 disambut meriah oleh para penjawat awam yang berlangsung di Perkarangan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Daerah Kuala Pilah pada 18 Jun 2019 bermula jam 12.00 tengahari sehingga 3.00 petang dengan kehadiran tetamu mencecah sehingga 1000 orang.

 

Sambutan ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan diantara jabatan-jabatan serta masyarakat di daerah Kuala Pilah Tetamu disajikan dengan pelbagai jenis juadah yg disediakan oleh 15 jabatan kerajaan peringkat daerah Kuala Pilah yang sudi menyumbangkan juadah serta tenaga kerja bagi memeriahkan majlis ini.

Antara juadah yang menjadi tumpuan pada tahun ini adalah nasi minyak, kari tulang dan daging, satay, cendol, apam balik mini minang, lemang yang dimakan bersama rendang daging, mee rebus Haji Wahid, soto dan pelbagai menu menarik yang lain.

Majlis kali ini juga dimeriahkan dengan keberangkatan Y.T.M. Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato’ Haji Muhammad Bin Haji Abdullah, Undang Luak Johol dan Y.A.M. Tok Puan Faridah Hanom binti Jaafar diiringi oleh Dato’-Dato’ Adat Luak Johol. Tidak ketinggalan juga kehadiran pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan yang turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Disamping itu, Pentadbiran Daerah Kuala Pilah turut menganjurkan pertandingan gerai tercantik. Pemenang pertama bagi pertandingan gerai tercantik dimenangi oleh Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kuala Pilah bersama dengan Bomba Daerah Kuala Pilah, diikuti tempat kedua Pejabat Agama Islam Kuala Pilah dan tempat ketiga Pejabat Hutan Daerah Kuala Pilah.