20 Mei 2020 : Majlis Penyampaian Taklimat Kerja Kerja Kontraktor G2 dan G1 Kerja-Kerja MARRIS serta penyampaian Surat Setuju Terima (SST) oleh Pegawai Daerah Kuala Pilah, Tuan Mohd Faizal bin Abdul Manap kepada kontraktor yg terpilih hasil dari penilaian Jawatankuasa Sebut Harga. Tahniah diucapkan dan semoga dapat melaksanakan kerja yang diamanahkan dengan cemerlang, memenuhi spesifikasi dan mematuhi SOP MKN semasa tempoh PKPB ini. "

19 Mei 2020:- "Menjunjung kasih ke bawah DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud di atas kurniaan bubur lambuk kepada petugas frontliner covid 19 termasuk kepada pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah Kuala Pilah. Majlis berlangsung di Seri Menanti Resort dan DYMM Tunku Ampuan Besar turut mencemar duli berkenan mengurniakan barangan keperluan asas kepada fakir miskin dan asnaf di Seri Menanti dan peralatan perubatan kepada Pejabat Kesihatan Daerah dan Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah..Menjunjung kasih Tuanku

.

'Kenapa tak tanya saya dulu'
Oleh Amran Yahya
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


KUALA PILAH: "Semua yang tular itu banyak yang tidak benar sehingga menyebabkan kami sekeluarga dikecam warganet," kata Radzuran Ismail, 52.

Kisah keluarga Radzuran yang tinggal di dalam pondok usang dalam kebun telah tersebar sejak semalam dan menjadi bualan netizen.

"Saya sentiasa ada di sini dan mengapa pihak terbabit tidak datang berjumpa untuk mengetahui situasi sebenar tentang keluarga saya," katanya ditemui di pondoknya di Kampung Malan, di sini hari ini.

Pegawai Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap yang turut berada di lokasi berkata terdapat kekeliruan dan salah faham berhubung kisah yang tular sejak semalam.

"Kisah mengatakan keluarga ini daif dan tiada tempat tinggal tidak benar kerana mereka ada kediaman sendiri di Meru, Klang hasil sumbangan Lembaga Zakat Selangor.

"Namun, sejak lima bulan lalu, dia (Radzuran) sering berulang alik ke Kampung Malan kerana bekerja di sebuah kilang selain mengusahakan tanaman semula getah di tanah peninggalan keluarga serta mempunyai ternakan.

"Bagaimanapun, rumah peninggalan arwah ibu bapanya yang sebelum ini terbiar kosong telah terbakar pada tahun 2015," katanya.

Mohd Faizal berkata, disebabkan Radzuran sering berulang alik ke Kampung Malan, dia membina pondok untuk berehat ketika mengusahakan tanah itu.

Ketika cuti sekolah baru-baru ini, dia balik ke kampung itu bersama isteri serta tiga orang anak, dan serentak dengan itu juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diisytiharkan.

Ini menyebabkan keluarga ini telah terperangkap dan terpaksa tinggal di pondok ini hingga tempoh PKP tamat.

Pejabat ADUN Johol, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), pihak pengurusan masjid serta masyarakat setempat telah memberikan bantuan sebaik mungkin kepada keluarga ini sepanjang PKP bermula hingga ke hari ini.

Keluarga itu juga ditawarkan sebuah rumah sewa dan kos sewa ditanggung oleh MPKK tetapi keluarga ini menolak dengan alasan sukar untuk menjaga kebun.

Pejabat ADUN Johol akan membantu mengurus keluarga ini untuk pulang ke Meru, Klang petang ini setelah surat kebenaran merentasi negeri diperoleh.

Keluarga ini pernah memohon rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) pada 2015 tetapi permohonan tidak mengikut syarat kerana keluarga ini tidak tinggal di Kampung Malan dan tidak termasuk kategori e-Kasih (miskin tegar).

Undang Luak Johol, Datuk Mohammed Abdullah turut hadir menyampaikan sumbangan selain beberapa agensi kerajaan yang lain.

Sabtu, 2 Mei 2020 | 4:36pm

15 Mei 2020 :-Pegawai Daerah Kuala Pilah, En Mohd Faizal bin Abdul Manap bersama sama Tuan OCPD Daerah, APM, PKD, JKM, RTM, Medivest, PDTKP dan MDKP membuat lawatan tapak untuk menilai kesesuaian Universiti Teknologi MARA cawangan Beting, Kuala Pilah sebagai salah satu Pusat Kuarantin bagi menempatkan individu-individu yg mendapat perintah kuarantin akibat jangkitan virus covid 19 di satu tempat yg selamat dan bagi mengekang penularan virus covid 19. Terima kasih atas kerjasama semua jabatan terutama tuan rumah UITM Pilah yg sudi menerima kehadiran kami. Insyaallah, pihak pengurusan bencana negeri akan membuat keputusan tentang perkara ini.

#PilahbebasCOVID19

#DudukOntokOntokkekghumah

 

10 MAC 2020 :- Tuan Mohd Faizal Bin Abdul Manap Pegawai Daerah Kuala Pilah menerima kunjungan hormat dari YB Tuan Mohamad Nazaruddin B Sabtu,Exco Kerajaan Negeri Sembilan di Pejabat Pegawai Daerah.