W3C      
 

OBJEKTIF BAHAGIAN PEMBANGUNAN

11 Memastikan kerja-kerja pembangunan luar Bandar dilaksanakan dengan berkesan dimana pencapaian objektif ini adalah melalui aktiviti-aktiviti seperti berikut:-

1.1.1. Merancang, melaksana, menyelaras, mengawas dan menilai projek kecil Pembangunan Pejabat Daerah.

1.1.2. Memberi khidmat urusetia kepada Jawatankuasa Pembangunan Daerah.

1.1.3. Mengawas perjalanan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung.

1.1.4. Menjalankan kempen-kempen pembangunan.

1.1.5. Lain-lain aktiviti. 

1.2 Menyediakan dan memberi perkhidmatan-perkhidmatan untuk memudahkan kerja-kerja pembangunan melalui aktiviti-aktiviti seperti berikut:-

1.2.1. Bantuan-bantuan kecil.

1.2.2. Membina jalan-jalan kampung, jambatan, pembentung dan longkang.

1.2.3. Rancangan kesihatan umum.

MISI BAHAGIAN PEMBANGUNAN

- MEWUJUDKAN PEMBANGUNAN DAERAH YANG TERANCANG, TERATUR DAN SEIMBANG KE ARAH MEREALISASIKAN WAWASAN NEGARA VISI PEMBANGUNAN

- PUSAT PEMBANGUNAN PENDIDIKAN BAGI NEGERI SEMBILAN SEBAGAI RECREATIONAL OUTLETS UNTUK KAWASAN METRO

- PEMBANGUNAN TEMPAT KEDIAMAN

- PEMBANGUNAN TANPA MEMINGGIRKAN BUDAYA WARISAN

- PELANCONGAN BERASASKAN AGRO CULTURE TIGA SEGI ULU BENDUL/TALANG, TERACHI, DAN SERI MENANTI

PIAGAM PELANGGAN PEMBANGUNAN

KAMI BERJANJI:-

1. MELAKSANAKAN PROJEK-PROJEK YANG DISALURKAN KEPADA KAMI DENGAN MEMUASKAN & BERKUALITI SERTA DAPAT MELAKSANAKAN SEMUA PERUNTUKAN PEMBANGUNAN SEBELUM AKHIR TAHUN SEMASA. 
2. MENYEDIAKAN KERJA-KERJA SEBUTHARGA DALAM TEMPOH SATU BULAN DARI TARIKH KELULUSAN DITERIMA.
3. MELAKSANAKAN DAN MEMASTIKAN SEMUA PESANAN-PESANAN BEKALAN DAPAT DISALURKAN KEPADA PELANGGAN DALAM TEMPOH (3) TIGA MINGGU DARI TARIKH KELULUSAN DITERIMA.
4. MEMASTIKAN MEREKA YANG BERPENDAPATAN RENDAH DAPAT PEMBELAAN.
5. MEMASTIKAN SEMUA PELANGGAN DILAYAN DENGAN MESRA.
6. MEMASTIKAN SEMUA JKKK DAERAH KUALA PILAH DAPAT BERKERJASAMA DALAM PEMBANGUNAN DAERAH.