W3C      

MISI
Menjadi satu organisasi pengurusan tanah yang "compact" dan berkeupayaan tinggi dengan menggunakan aplikasi teknologi yang optimum supaya dapat memberi perkhidmatan dalam semua aspek pengurusan tanah secara beretika, cekap, cepat, telus dan memuaskan hati pelanggan.

 VISI
Mewujudkan satu pasukan pengurusan tanah yang terlatih, cekap, berkualiti dan berkesan bagi membantu kerajaan negeri mencapai matlamat pembangunan sosio-ekonomi Negeri Sembilan.

OBJEKTIF PEJABAT TANAH KUALA PILAH

  1. Mengurus Pentadbiran Tanah dengan menguatkuasakan peruntukan undang-undang dalam Kanun Tanah Negara 1965 dan menepati dasar-dasar kerajaan Negeri yang melibatkan pemberimilikan tanah, pembangunan dan perancangan kegunaan tanah.
  2. Berusaha menambah Hasil Negeri daripada sumber tanah melaui Sistem Pungutan Cukai yang berkesan, kaedah-kaedah pungutan yang praktikal, semakan semula kadar-kadar bayaran cukai semasa dan mengenal pasti sumber hasil cukai alternatif bagi mencapai peratusan kutipan cukai tertinggi khususnya di Negeri Sembilan.
  3. Mempertingkat kefahaman tentang undang-undang tanah serta kemahiran pengurusan di kalangan pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah melalui kursus dan latihan berkala.
  4. Mengatur strategi perlaksanaan bagi membersihkan tunggakan kerja dalam semua urusan dalam pentadbiran tanah seperti pertukaran hakmilik sementara kepada hakmilik kekal, pendaftaran hakmilik tanah dan rumah rakyat, tunggakan hasil cukai, senarai tanah milik Rancangan Tanah Penggir, tukar syarat tanah dan lain-lain urusan berkaitan.
  5. Menggalak dan memimpin usaha-usaha pembaharuan dalam pentadbiran tanah supaya dapat menyampaikan perkhidmatan yang telus, cekap, efisien, berkesan, berkualiti dan mesra pelanggan bagi memastikan kelicinan segala urusan (dealings ) berkaitan tanah.
  6. Membantu mempercepatkan projek-projek Pembangunan yang ada hubungan dengan tanah yang dilaksanakan oleh jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan. 

Pejabat Tanah Kuala Pilah (PTKP) terbahagi kepada 3 Unit utama yang mempunyai pelbagai fungsi dan peranan dalam membantu mencapai visi, misi dan objektif PTKP.

UNIT TANAH

  1. OBJEKTIF UNIT PELUPUSAN TANAH:
  • Menguruskan Hal Ehwal Pentadbiran Tanah
  • Memproses Permohonan Pemberimilikan Tanah secara hakmilik tetap, lesen pendudukan sementara (LPS)
  • Memproses Permohonan baru dan pembaharuan LPS
  • Memproses Permohonan Perizaban Tanah
  • Memproses Permohonan Skim-Skim Perumahan dan Industri
  • Memproses Permohonan kebenaran melepas sekatan kepentingan.
  1. OBJEKTIF UNIT PEMBANGUNAN TANAH
  • Memproses Permohonan Tukar Syarat Tanah dan Pecah Sempadan Tanah
  • Memproses Permohonan Serahbalik dan Berimilik Semula
  • Memproses Permohonan Pecah Bahagian Tanah
  • Memproses Permohonan Penyatuan Tanah 
  1. OBJEKTIF UNIT PENGUATKUASAAN
  • Menjalankan Siasatan ke Atas Pencerobohan Tanah Kerajaan
  • Menjalankan Penguatkuasaan terhadap kesalahan di bawah Seksyen 426 (KTN) iaitu pengeluaran serta pemindahan bahan batuan dan tanah merah tanpa permit yang sah.
  • Menjalankan Penguatkuasaan terhadap kesalahan di bawah Seksyen 425 (KTN) iaitu Penerokaan Tanah Kerajaan, Tanah Rezab dan Tanah perlombongan yang diusahakan secara tidak sah.
  • Menjalankan Penguatkuasaan terhadap kesalahan di bawah Seksyen 125 iaitu Pelanggaran Syarat terhadap penggunaan tanah.

  1. OBJEKTIF UNIT TEKNIKAL
  • Menjalankan Siasatan dan penyediaan laporan tanah
  • Menyediakan hakmilik dan permohonan ukur ke jabatan ukur
  • Mengemaskini semua rekod-rekod awal bagi mengenal pasti status tanah sama ada tanah milik. tanah rezab, tanah kerajaan dan lain-lain.
  • Menempatkan pemohon dan peserta di bawah rancangan tanah
  • Mengawal dan mencegah kegiatan pencerobohan tanah-tanah kerajaan.
    Permohonan Tanah (Pentadbiran)
  • Pembangunan Dan Pelupusan Tanah 
  • Teknikal
  • Penguatkuasaan

 

UNIT PENDAFTARAN

OBJEKTIF UNIT PENDAFTARAN

  • Mendaftarkan semua suratan urusniaga dan bukan urusniaga dalam masa yang singkat.
  • Memastikan penurunan tunggakan ke tahap maksimum.
  • Memastikan peraturan-peraturan dan kehendak Kanun Tanah Negara dipatuhi terutama di dalam pengawalan dokumen dan buku hakmilik di dalam Bilik Kebal.

PERKHIDMATAN DISEDIAKAN OLEH UNIT PENDAFTARAN

  1. Pendaftaran Urusniaga Tanah
  • Pendaftaran Pindahmilik biasa - ( Borang 14A )
  • Pendaftaran Pindahmilik dari Perintah Jual - ( Borang 16I  )
  • Pendaftaran Gadaian - ( Borang 16A )
  • Pendaftaran Melepas Gadaian - ( Borang 16N )
  1. Pendaftaran Bukan Urusniaga
  • Pendaftaran Pindahmilik akibat kematian
  • Pendaftaran Masuk Kaveat
  • Pendaftaran Lepas Kaveat
  • Pendaftaran Pemegang Amanah
  • Pendaftaran Pembatalan Pemegang Amanah
  • Pendaftaran Suratkuasa Wakil (PA)
  • Pendaftaran Grant of Probate
  • Pendaftaran Deed of Trust
  • Permohonan geran gantian (hilang/koyak)
  • Pendaftaran hakmilik baru
  • Pendaftaran hakmilik sambungan

UNIT HASIL

OBJEKTIF UNIT HASIL

  • Untuk mempertingkat kutipan hasil cukai tanah semasa ke peringkat maksimum
  • Mengurangkan tunggakan hasil sehingga ke peringkat yang paling minimum
  • Mewujudkan rekod-rekod yang dikemaskini dan sistem perakaunan yang tepat serta berkesan


Operasi Unit Hasil


  1. Perkhidmatan Kaunter Hasil
  • Kutipan Hasil Tanah
  • Cukai Tanah
  • Tunggakan cukai tanah
  • Lesen pendudukan sementara
  • Bayaran premium pemberimilikan
  • Bayaran premium tukar syarat
  • Bayaran pendaftaran urusniaga dan bukan urusniaga
  • Bayaran ukur, batu sempadan dan pelan
  • Permit bahan batuan
  • Harta Pesaka Kecil
  • Bayaran Infrastruktur
  • Bayaran deposit
  • Bayaran tahunan disatukan (CAC) :
  • Rancangan Tanah Pinggir
    • FELDA
    • FELCRA
  1. Memproses permohonan pengurangan cukai tanah kerana tanam semula
  2. Mengeluarkan pelbagai penyata kutipan cukai
  3. Semakan cukai tanah semasa

Pentadbiran Unit Hasil

  • Penyelenggaraan Rekod Perakaunan Hasil Tanah
  • Menyelenggara dan membuat kemasukan data sistem SPEKS
  • Menguruskan Tindakan Perampasan Tanah Kerana Tidak Membayar Cukai
  • Menguruskan Permohonan Bayaran Ansuran Cukai Tanah
  • Menyelenggara dan menghantar laporan bulanan kutipan hasil setiap bulan kepada Bendahari Negeri
  • Memantau pemilik-pemilik tanah yang gagal menjelaskan cukai tanah dan mengeluarkan Borang 6A dan 8A.(KTN)
  • Menerima dan menyelesaikan aduan atau masalah berkaitan unit hasil.