broadcast broadcast broadcast broadcast broadcast broadcast broadcast broadcast
 

MENGENAI KAMI

Kuala Pilah merupakan satu daripada tujuh daerah di Negeri Sembilan dan merupakan daerah ketiga terbesar di Negeri Sembilan dengan keluasan 109,039.58 hektar. Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah (PDTKP) ditubuhkan semasa Tanah Melayu di bawah pemerintahan British pada tahun 1896. Sebelum ini pentadbiran Pejabat-Pejabat Kerajaan Daerah Kuala Pilah ditempatkan berasingan di dalam bangunan lama semenjak zaman british.

Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Daerah Kuala Pilah yang  menempatkan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah serta beberapa buah jabatan Kerajaan Negeri telah dirasmikan oleh Al-Marhum Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman pada 18 April, 1982 bersamaan 23 Jamadil Akhir 1402.

Daerah Kuala Pilah disaliri oleh 9 sungai utama iaitu Sungai Muar, Sungai Jelai, Sungai Jempol, Sungai Pilah, Sungai Batang Pilah, Sungai Juasseh, Sungai Seri Menanti, Sungai Johol dan Sungai Terachi. Terdapat 11 buah mukim di daerah ini dengan 117 buah JKKK Kampung Tradisi, 7 buah JKKK Kampung Baru, 1 buah JKKK Orang Asli, 1 Skim Penempatan FELDA serta 1 Majlis Tempatan.

Selain bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri dalam usaha gerak kerja mentadbir daerah Kuala Pilah, PDTKP juga berperanan sebagai peneraju utama dalamn agenda pembangunan daerah bersama jabatan dan agensi peringkat negeri dan persekutuan yang beroperasi di daerah.