W3C      
 

Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana melayari laman sesawang rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah. Untuk makluman, pentadbiran ini merupakan sebuah organisasi Kerajaan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan sebuah organisasi yang mempunyai hubungan terus dengan masyarakat di daerah Kuala Pilah. Dimana selaku organisasi yang mempunyai tanggungjawab melaksanakan dan menyampaikan dasar-dasar dan perkhidmatan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan amnya dan Kerajaan Negeri Sembilan khasnya, organisasi ini sentiasa memberikan penumpuan dan kepentingan dalam menawarkan perkhidmatan kepada para pelanggan yang dihormati.

Bidang tugas pentadbiran ini secara amnya dibahagikan kepada tiga iaitu bahagian khidmat pengurusan, bahagian pembangunan dan bahagian tanah. Dimana ketiga-tiga bahagian ini mempunyai peranan dan fungsi yang berbeza.Walaubagaimanapun mempunyai satu misi yang sama iaitu mewujudkan perkhidmatan, pembangunan daerah dan tanah yang cekap, berkualiti dan berkesan kearah memberikan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.Sehubungan itu, saya berharap dengan adanya laman sesawang rasmi ini, ianya dapat membantu para pelanggan untuk mendapatkan maklumat yang berkesan dan perkhidmatan terbaik yang ditawarkan oleh pentadbiran ini. Saya turut berjanji akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa di pentadbiran ini selaras dengan perubahan dan peredaran masa bagi memastikan pentadbiran sentiasa relevan dan menepati kehendak para pelanggan.Sekian, terima kasih.

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

SYAHRUL NIZAM BIN SALEH

PEGAWAI DAERAH KUALA PILAH