logo black
  1. Home
  2. »
  3. info
  4. »
  5. Maklumat Bahagian
  6. »
  7. Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan salah satu bahagian yang penting dalam pengurusan Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Pilah. Bahagian ini terletak di tingkat bawah Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Daerah Kuala Pilah. Bahagian terbahagi kepada 4 unit sokongan iaitu:

1.Unit Pentadbiran Dan Kewangan
2.Unit Teknologi Maklumat
3.Unit Majlis Dan Keraian
4.Unit Keselamatan.

Bahagian Khidmat Pengurusan diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah (Kidmat Pengurusan) Gred M41 yang bertanggung jawab terus kepada Pegawai Daerah. Pentadbiran bahagian ini dibantu oleh ketua unit yang mengetuai unit masing-masing, iaitu Ketua Penolong Pegawai Tadbir (Pentadbiran Dan Kewangan) Gred N32, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29, Penolong Pegawai Tadbir (Majlis Dan Keraian) dan Pembantu Tadbir (Keselamatan) Gred N17.

Untuk memastikan aktiviti-aktiviti bahagian ini berjalan lancar, beberapa jawatan sokongan lain telah diwujudkan iaitu:

*Ketua Pembantu Tadbir N22 (1 orang)
*Pembantu Tadbir Kesetiausahaan N17 (1 orang)
*Pegawai Khidmat Pelanggan N17 (1 orang)
*Pembantu Tadbir Kewangan W17 (3 orang)
*Pembantu Tadbir N17 (4 orang / 1 kosong)
*Jurutaip N11 (2orang / 1 kosong)
*Juruteknik Komputer FT17 (1 orang)
*Pembantu Am Pejabat N1(2 orang)
*Pemandu Kenderaan R3 (3 orang)
*Pekerja Rendah Awam R1 (18 orang / 2 kosong)

FUNGSI BAHAGIAN

*Merancang dan meyelaras semua urusan Pentadbiran , kewangan, keselamatan, teknologi maklumat, majlis dan keraian Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah.
*Merancang, melaksana dan menyelaras semua aktiviti peningkatan kualiti pentadbiran pejabat.
*Sebagai khidmat sokongan dalam menyelaras semua aktiviti perayaan diperingkat daerah
*Fungsi Perkhidmatan – Bertanggungjawab dalam mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan  meliputi lantikan, pengesahan dalam jawatan, kenaikan pangkat, pertukaran, laporan prestasi tahunan,kursus /latihan, cuti, pencen dan urusan Lembaga Tatatertib Jabatan.
*Fungsi Kewangan – Bertanggungjawab dalam mengendalikan peruntukan belanja mengurus jabatan termasuk gaji, elaun dan saraan kakitangan dan kerabat diraja, elaun orang besar daerah dan pembelian barang-barang keperluan pejabat.
*Fungsi Teknologi Maklumat – Bertanggungjawab memastikan semua peralatan dan perisian teknologi maklumat dapat berfungsi dengan baik untuk memastikan aktiviti-aktiviti Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Pilah dapat berjalan dengan lancar.
*Fungsi Kselamatan – Bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan daerah terjamin dari segi pemantauan dan memberi maklum balas tentang tahap keselamatan daerah dari segi menganalisis masalah keselamatan, mengkaji keadaan bencana alam dan mengambil tindakan keatas masalah keselamatan.
*Fungsi Urusan Majlis Dan Keraian – Bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti / perayaan di peringkat daerah meliputi sambutan Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Hari keputeraan Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tilawah Al_QUran dan perkara-perkara berkaitan pengurusan fail serta aktiviti-aktiviti peningkatan kualaiti pentadbiran pejabat.