5 JANUARI 2021:-
"Pegawai Daerah Kuala Pilah, Tuan Mohd Faizal bin Abdul Manap menghadiri Majlis Pelancaran Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 juta Pokok di Hutan Simpan Angsi, Kuala Pilah. YAB Dato Seri Haji Aminuddin Bin Harun hadir merasmikan Program ini yang dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.
Pegawai Daerah Kuala Pilah juga diberi penghormatan menanam sebatang pokok kuinin yang merupakan pokok makanan utama bagi tapir yang banyak di kawasan ini.
Semoga dengan Pelancaran Program ini dapat melestarikan kehijauan alam sekitar di Kuala Pilah, melindungi hidupan liar yg ada serta memberikan Pendidikan yang berguna kepada Masyarakat tentang kepentingan pokok dan alam sekitar selaras dengan pengiktirafan Kuala Pilah sebagai Bandar Mampan di Malaysia."
 
 
 
 
 
 

Menjunjung kasih di atas kebarangkatan DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kg Pauh, Terachi. Turut sama hadir dan menyambut ke bawah Duli Tuanku adalah Pegawai Daerah Kuala Pilah, Tuan Mohd Faizal bin Abdul Manap, ADUN Kawasan, Ketua Polis Daerah Supt Amran, wakil wakil Ketua Jabatan Daerah, Dato Dato Adat, Imam dan jemaah Masjid. Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan memanjangkan usia pemerintahan DYMM Tuanku. Daulat Tuanku."

Pegawai Daerah Kuala Pilah, Tuan Mohd Faizal bin Abdul Manap turun padang melawat kawasan rumah yang dilanda banjir kilat semalam di Kg Malan, Batu 10 Kepis, Kg Air Taling dan Taman Harmoni Juasseh. Beliau juga turut mengunjungi Dewan Desa Dangi dan mengisytiharkan pembukaan Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Banjir yang menempatkan 10 keluarga berjumlah 31 mangsa dibawah pengurusan JKM Daerah. Pada hari ini, Pegawai Daerah mengarahkan Agensi berkaitan seperti APM, Majlis Daerah, PDTKP, JKR, Bomba, SW Corp, JKM dan lain lain jabatan daerah membersihkan rumah mangsa banjir. Semoga banjir beransur surut dan bantuan dapat disalurkan kepada mangsa banjir yang terlibat."

Bicara secara langsung Buku di Hati kembali menemui anda, kali ini bersama dengan tetamu jemputan YBhg Tuan Mohd Faizal Bin Abdul Manap Pegawai Daerah Kuala Pilah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Gerakan Membaca Daerah Kuala Pilah. Beliau akan mengupas serta mengulas buku kegemaran beliau, nantikan temujanji kita pada waktu tersebut di Facebook Perpustakaan Negeri Seremban serta laman page rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
Tarikh : 8 Disember 2020
Jam : 3.30 Petang
 

6 November 2020 : Alhamdulillah, Pegawai Daerah Kuala Pilah, Tuan Mohd Faizal bin Abdul Manap menyampaikan sumbangan bantuan bencana alam daripada pihak APM dan NADMA kepada En. Abd Samad Bin Abd Wahab yang beralamat di No 42 &43 Taman Desa Melang Fasa 2, Kuala Pilah. Rumah beliau sebelum ini dilanda ribut menyebabkan kerosakan pada atap dan bumbung. Turut hadir sama adalah Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mejar Shamil dan Ketua APM Kuala Pilah, En Lokman. Terima kasih atas sumbangan dari APM dan NADMA. Semoga dapat meringankan beban mangsa kejadian. "