MENGENALPASTI PEMILIK/WARIS BAGI TANAH DI DAERAH KUALA PILAH.
ANDA MUNGKIN PEMILIK/WARIS YANG KAMI CARI.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Untuk makluman tuan/puan,
Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah dalam fasa pengemaskinian maklumat pemilikan tanah dalam database kami.
Semakan pihak kami mendapati terdapat hakmilik-hakmilik dalam daerah Kuala Pilah yang mempunyai masalah di mana tidak dapat mengenalpasti pemilik tanah atau waris bagi menyelesaikan isu-isu yang berkaitan termasuklah hakmilik-hakmilik yang akan dikembalikan hak kepada Pihak Berkuasa Negeri jika isu ini tidak diselesaikan dengan segera.
Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik warga Kuala Pilah untuk mengenalpasti pemilik/waris dengan merujuk kepada senarai yang dilampirkan.
Pemilik/waris boleh terus berhubung dengan pihak kami di talian telefon 06-4814155 / 06-4816205 atau terus datang ke Pejabat Tanah Kuala Pilah (Unit Hasil).
Mohon sebarkan kepada rakan-rakan tuan/puan. Kerjasama tuan/puan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.