6 November 2020 : Alhamdulillah, Pegawai Daerah Kuala Pilah, Tuan Mohd Faizal bin Abdul Manap menyampaikan sumbangan bantuan bencana alam daripada pihak APM dan NADMA kepada En. Abd Samad Bin Abd Wahab yang beralamat di No 42 &43 Taman Desa Melang Fasa 2, Kuala Pilah. Rumah beliau sebelum ini dilanda ribut menyebabkan kerosakan pada atap dan bumbung. Turut hadir sama adalah Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mejar Shamil dan Ketua APM Kuala Pilah, En Lokman. Terima kasih atas sumbangan dari APM dan NADMA. Semoga dapat meringankan beban mangsa kejadian. “